Sunday, May 3, 2009

Folio Kanada

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran Geografi murid-murid tingkatan 3 diberikan peluang mengerjakan kerja amali di kawasan kajian Taman Greenwood . Tajuk ini menepati tema pembelajaran . Murid-murid tingkatan 3 Hikmah diberi tajuk kajian oleh guru mata pelajaran Geografi .
Saya dan kawan sekelas telah diberi tajuk Kepentingan Sistem Pengangkutan Di Kawasan Kajian Dan Bandingkannya Dengan Negara Kanada . Kajian dijalankan di Taman Greenwood Selangor . Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah 8 minggu . Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap tentang kajian yang telah dijalankan .

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif yang gitentuka dalam melaksanakan kerja kursus ini :

a) Kesan-kesan perkembangan pengangkutan .
b) Mengenal pasti bentuk muka bumi untuk pembinaan jalan raya .
c) Mengetahui kesan negatif .
d) Jenis sistem pengangkutan .
e) Faktor yang mempengaruhi .
f) Faktor dari segi darjah kertersampaian .
g) Mengetahui langkah-langkah penyelesaian .


KAWASAN KAJIAN
Guru mata pelajaran Geogafi Tingkatan 3 Hikmah sebagai kawasan kajian saya . Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya, iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya ini.
Taman Greenwood terletak di daerah Gombak . Taman ini terletak berhampiran dengan Batu Caves . Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer .
Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang dituju . Pengangkutan yang boleh digunakan di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus , dan teksi awam .

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :
a)Pemerhatian :
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Greenwood dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .
b)Rujukan :
- Internet > Mendapat maklumat

HASIL KAJIAN
Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan , jenis sistem pengangkutan yang ada di Taman Greenwood atau berdekatan dengan taman itu ialah jalan raya , terowong SMART , LRT dan lebuhraya bertingkat .

Faktor yang mempengaruhi kemajuan teknologi ialah jaringan pengangkutan yang banyak . Seperti kemudahan awam yang disediakan . Manakala dasar kerajaan pula , menurap jalan atau memperlebarkan jalan yang berlubang atau jalan yang sempit .
Selain itu factor keselesaan pengguna pula , mempunyai jalan raya yang selamat dan cepat untuk pergi kesesuatu tempat .

Manakala dari segi kertersampaian pula , darjah kesampaian tinggi kerana bayak pengangkutan awam yang terdapat di Taman Greenwood . Kebanyakan pengangkutan awam memudahkan mobility penduduk di Taman Greenwood . Antara faktor lain pula , perkembangan ekonomi yang bagus . Akhir sekali , peningkatan taraf hidup penduduk membolehkan mereka menggunakan pengangkutan awam .
Kesan-kesan perkembangan pengangkutan pula , ialah mengurangkan kesan pengangkutan jalan raya kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas . Selain itu , kita perlu menjaga dan memelihara alam sekitar . Selain itu , kita perlu membuat landskap yamg menarik seperti meletakkan bunga yang menarik di sepanjang jalan .
Manakala kesan negatif pula , seperti kesan flora dan fauna akan menyebabkan hutan di tebang untuk membuat jalan raya . Selain itu , kenderaan yang banyak menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku . Manakala , tanah runtuh kerana membuat jalan di lereng bukit ketika hujan .
Akhir sekali , langkah-langkah penyelesaian seperti menggunakan alat catalytic iaitu converter pada ekzos kenderaan yang mampu mengurangkan asap kereta . Selain itu , kita perlu penghijauan bandar seperti menanam pokok yang berkualiti menjaga alam sekitar . Cara yang terakhir , ialah mengadakan kempen untuk mengurangkan menggunakan kenderaan mengelakkan daripada pencemaran udara dan bunyi.

No comments:

Post a Comment