Friday, May 1, 2009

Folio Indonesia



KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih Taman Bahtera sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Tanjong Malim. Kawasan ini sedang membangun dengan pesat dan didiami oleh ramai penduduk.
Taman Bahtera terletak di Daerah Hulu Selangor, Negeri Selangor (Sila rujuk Lampiran 1 dan 2). Ia juga merupakan satu kawasan yang berhampiran dengan Ladang Kelapa Sawit, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Escot dan tempat ibadat. Keluasan kawasan ini ialah kira-kira 0.05 kilometer persegi (km²). Kawasan kajian ini pula terletak 4 kilometer dari SMK Methodist, Tanjong Malim dan mempunyai berbagai-bagai kemudahan seperti kedai, pasaraya, hotel dan sebagainya (sila rujuk peta lakar 1).



DAPATAN KAJIAN
JENIS-JENIS KEGIATAN EKONOMI
(a)PERINDUSTRIAN
Kawasan kajian ini mempunyai dua perindustrian yang besar iaitu Kilang Etonic dan Kilang U. B. Rubber Products Sdn. Bhd. Kilang Etonic merupakan pengeluar baju lelaki dan juga seluar lelaki. Di Kilang U. B. Rubber Products pula merupakan pengeluar getah pengikat, plastik dan bag plastik pelbagai penggunaan.

(b)PERTANIAN
Taman Bahtera juga mempunyai satu-satunya kegiatan pertanian. Ianya ialah ladang kelapa sawit. Ladang ini terletak di belakang kawasan kajian. Keluasan ladang ini ialah lebih daripada 5 hektar.

(c)PERKHIMATAN
Kawasan kajian ini mempunyai 3 kedai makan iaitu Zee Tomyam,Restoran Nasi Kandar dan Restoran Juara Tomyam . Sebuah Kedai runcit Pasaraya Taman Bahtera. Satu pusat servis tayar iaitu Pusat Servis Tayar Brigestone.Satu perhotelan iaitu Hotel Sahara Inn. Dan juga sebuah Kedai Komputer.

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP KAWASAN KAJIAN
(a)PELUANG PEKERJAAN
Di Taman Bahtera terdapat banyak peluang pekerjaan seperti pelayan kedai makan, makenik kereta,pelayan hotel dan pelayan kedai. Berbanding dengan negara Indonesia peluang pekerjaan di sana lebih banyak daripada di taman bahtera. Jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada penduduk Taman Bahtera dan peluang pekerjaan (Sila rujuk jadual 1 dan graf 1) Saya bersyukur kerana disini juga terdapat peluang pekerjaan.
Secara kesimpulannya, sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan memainkan peranan penting dari segi pembangunan ekonomi Taman Bahtera. Faktor keselesaan dan ketersampaian telah mempengaruhi penduduk kawasan kajian menetap di Taman Bahtera selama-lamanya.

KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
(a)PENCEMARAN
Tiga jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian, iaitu pencemaran udara, pencemaran sampah dan bunyi. Udara tercemar akibat pengeluaran asap dari kenderaan dan pembakaran secara terbuka. Pencemaran sampah pula akibat pengunjung-pengunjung di kedai makan kerana mereka membuang sampah sarap di merata tempat. Manakala pencemaran bunyi pula sentiasa terjadi disebabkan kenderaan, penggunaan media eletronik, dan binatang peliharaan. Keadaan begini memberi kesan yang tidak sihat kepada penduduk taman bahtera. Di antaranya ialah kesukaran bernafas akibat asap tebal, bau yang tidak menyenangkan, penyakit paru-paru, dan ketidaktenteraman. Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama seperti yang berlaku di taman bahtera.

(b)ALAIRAN AIR LONGKANG TERSUMBAT
Sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat sehinggalah ada yang terjatuh ke dalam longkang. Ini menyebabkan air longkang di kawasan kajian selalunya tersumbat apabila hujan turun. Kesalahan itu harus ditanggung oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Tanjong Malim yang kurang memberi perhatian terhadap pembersihan longkan. Faktor-faktor tersebut mendorong kepada pembiakan nyamuk dan bau busuk di taman ini. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pada suatu masa nanti akan juga berlakunya banjir kilat yang boleh membahayakan penduduk sewaktu hujan lebat. Berbanding dengan Indonesia di sana penguatkuasaannya yang ketat membolehkan penduduk di Indonesia sentiasa mengikut undang-undang negaranya.

(c)PENGURUSAN SAMPAH-SARAP
Kaedah yang sesuai dalam proses pembuangan sampah pula tidak digunakan oleh penduduk di kawasan kajian. Ramai yang mengisi sampah di dalam karung plastik dan menggantungkannya di atas pagar atau pun meletakannya di tepi jalan raya. Perkara ini memberi dorongan kepada binatang peliharaan menyelongkarkan sampah tersebut. Masalah ini bertambah serius apabila pihak Majlis Daerah tidak mengutip sampah mengikut jadual. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi tempat hinggapan lalat lalu menyebarkan penyakit taun. Berbanding dengan negara Indonesia pihak berkuasa di sana menyediakan tong sampah untuk setiap keluarga yang menghuni rumah.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
(a) KEMPEN
Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Alam Flora Sdn. Bhd dan Kerajaan Kementerian Kesihatan perlu mengadakan kempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar kepada kita. Mereka juga perlu memberitahu kepada pengguna kenderaan supaya berkongsi kereta atau pun menggunakan pengangkutan awam ke tempat yang mereka inigin pergi. Pihak yang berkenaan juga perlu memberitahu kepada supaya penduduk selalu bergotong-royong dari semasa dari semasa. Berbanding dengan negara Indonesia pihak yang berkenaan di sana kerap kali membuat kempen di sana.

(b)KITAR SEMULA
Selain daripada itu, kitar semula juga membantu mengurangkan bahan-bahan buangan. Selain daripada itu, bahan-bahan buangan juga boleh dikitar semula bagi mengurangkan jumlah sampah yang tidak menyenangkan hati penduduk. Berbanding dengan Indonesia di sana juga sama seperti yang berlaku di taman bahtera.

(c)PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pihak seperti Majlis Daerah perlulah mengguatkuasakan undang-undang supaya mereka tidak membuang sampah merata-rata. Pihak berkuasa juga harus denda kepada penduduk yang melanggar undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu menyediakan tong sampah bagi mengatasi masalah ini. Berbanding dengan negara Indonesia pihak berkuasa disana telah menguatkuasakan undang-undang ini dari awal lagi.

RUMUSAN
Saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan selaras dengan objektif kajian. Melalui kajian ini saya telah mengenalpasti jenis ekonomi, sumbangan kegiatan ekonomi, kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap ekonomi di kawasan kajian saya, iaitu Taman Bahtera.

Taman Bahtera mempunyai dua kegiatan ekonomi yang terbesar iaitu pertanian dan perkhimatan. Kegiatan pertanian terbahagi kepada satu iaitu Ladang kelapa Sawit.Manakala kegiatan perkhimatan pula terbahagi kepada enam iaitu Kedai Makan, Penghotelan, Kedai Runcit, Pusat Servis Tayar . Sumbangan kegiatan ekonomi ialah peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk sekitar Tanjong Malim dan kemudahan infrastuktur yang makin meningkat.

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi sering berlaku. Keadaan begini memberi kesan yang tidak sihat kepada penduduk taman bahtera. Aliran longkang yang tersumbat dan pengurusan sampah-sarap yang kurang serius akan menyebabkan kejadian yang kurang menyenangkan akan berlaku. Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar pula ialah mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk dan menguatkuasakan undang-undang.

Di samping itu, melalui kajian geografi ini, saya telah memperoleh banyak faedah. Di antaranya ialah meninkatkan pengetahuan dari segi memperoleh kemahiran dan teknik menyampaikan data. Selain itu, saya juga dapat meninkatkan idea untuk menulis laporan. Akhirnya, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus Geografi yang akan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji petempatan.

No comments:

Post a Comment