Sunday, May 3, 2009

Foilo Jepun

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia-nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada waktu yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya kerana tanpa mereka tidak lahirlah saya ke dunia ini dan mereka jugalah yang memberi dorongan dan sokongan moral untuk saya teruskan kajian ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak sekolah, terutamanya guru geografi saya iaitu Encik Zakaria bin Jusoh yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha saya menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada responden-responden Kampung Tanjung Batu Rakit yang sudi memberi kerjasama kepada saya terutama berkaitan dengan pengumpulan data di kawasan kajian. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang berada di kelas 3 an-nur yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa kajian dijalankan.

1.0 PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar-pelajar tingkatan 3 diwajibkan menyiapkan Kajian Geografi Tempatan. Saya Polan Bin Polan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Polan telah menjalankan satu kajian yang diamanahkan oleh Encik Polan Bin Polan bertajuk kepentingan sistem jaringan pengangkutan di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu dan dibandingkan dengan Negara Jepun.

Kampung Tanjung Batu Rakit menjadi pilihan saya untuk dikaji kerana kampung ini merupakan kampung saya dan terdapat jaringan pengangkutan jalan raya yang penting. Saya memilih Negara Jepun sebagai negara yang dibandingkan dengan kawasan saya kerana Negara Jepun merupakan negara yang moden dan mempunyai sistem pengangkutan yang cekap.

Saya mengambil masa kira-kira enam bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai untuk menjalankan dan menyiapkan Kajian Geografi Tempatan. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jaringan pengangkutan yang ada di kawasan saya dan Negara Jepun. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar lain yang ingin mempelajari tajuk ini.


OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

i. Mengenal pasti jenis-jenis sistem pengangkutan di kawasan kajian.
ii. Mengkaji kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar dan langkah-langkah untuk menyelesaikannya.
iii. Menanam rasa kesyukuran terhadap Allah s.w.t. dengan rezeki-Nya, kerana limpah kurnianya negara kita mempunyai jaringan sistem pengangkutan yang baik.
iv. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Malaysia.
v. Memahami kepentingan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Guru Geografi tingkatan 3 An-nur Encik Zakaria Bin Jusoh mengalakkan kami memilih tempat kediaman masing-masing sebagai kawasan kajian. Hal ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. Saya telah memilih Jepun dan Kampung Tanjung Batu Rakit sebagai kawasan kajian.

Kampung Tanjung Batu Rakit
Kampung Tanjung Batu Rakit terletak berhampiran Pantai Batu Rakit. Jarak kampung dengan Bandar Kuala Terengganu kira-kira 30 kilometer. Kampung ini terletak diantara Kampung Mengabang Telipot dengan Kampung Padang Polis. Terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Kampung Padang Polis dengan Kampung Batu Rakit. Kampung ini mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ialah 80% tanah pamah, 15% berpasir, dan 5% lain-lain. Tanah pamah merupakan faktor utama jaringan pengangkutan di kawasan kajian kerana jalan raya di kawasan ini dapat di bina dengan baik. Iklim di kawasan kajian ialah panas dan lembap sepanjang tahun.

Negara Jepun

Jepun terdiri daripada gugusan pulau-pulau yang terletak di persisiran Lautan Pasifik di timur benua Asia. Pulau-pulau utama jepun , dari utara ke selatan, adalah Hokkaido, Honshu (pulau paling utama), Shikoku, dan kepulauan Ryukyu yang terletak 600 km selatan barat dari Kyushu. Naha dan Okinawa merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terkanal di kepulau Ryukyu. Di samping itu, kepulauan (archipelago) Jepun mempunyai 3,000 pulau-pulau kecil.

73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m. Disebabkan oleh peratusan tanah rata yang rendah, kebanyakan lereng-lereng bukit dgunakan sepenuhnya untuk perusahaan pertanian. Dan bandar-bandar utama dibangunkan di setiap tanah rata yang terdapat di negara Jepun.

Jepun terletak di dalam zon gunung berapi iaitu di atas Lilitan Gunung Berapi Pasifik (Pacific Ring of Fire). Ini menyebabkan Jepun kerap mengalami gegaran bumi berkekuatan rendah dan kadang-kala merasai letusan gunung berapi. Gempa bumi yang membinasakan juga dirasai beberapa kali dalam satu abad. Gempa bumi ini sering menyebabkan terbentuknya tsunami. Gempa bumi yang terbaru adalah Great Hanshin Earthquake yang terjadi pada tahun 1995. Disebabkan oleh kedudukan geografinya, terdapat banyak mata air panas di Jepun dan kebanyakkannya dijadikan tempat peranginan.

Iklim
Jepun merupakan kawasan beriklim sederhana dengan empat musim yang jelas. Disebabkan oleh jarak yang jauh dari utara Jepun ke selatan Jepun, iklimnya berbeza dari kawasan ke kawasan di mana utara jepun mengalami iklim yang sangat sejuk pada musim salji dan selatan jepun mengalami iklim subtropika. Iklim Jepun juga dipengaruhi oleh tiupan angin bermusim yang bertiup dari benua Asia ke Lautan Pasifik pada musim salji dan sebalik pada musim panas.

Akhir Jun dan awal Julai merupakan musim hujan bagi Jepun kecuali di Hokkaido, as a seasonal rain front or baiu zensen (梅雨前線) stays above Japan. Pada akhir musim panas dan awal musim luruh taufan sering terbentuk. Taufan ini terjadi akibat daripada tekanan tropika di garisan khatulistiwa yang bergerak dari selatan barat ke timur laut dan ia sering membawa hujan yang sangat lebat.

Linimo (Landasan Tobu Kyuryo)
Keretapi Linimo menghampiri Banpaku Kinen Koen, ke arah stesen Fujigaoka
Sistem Urban Maglev yang pertama di dunia menggunakan kawalan automatik telah beroperasi di Jepun pada Mac 2005. Ini melibatkan sembilan stesen perhentian di atas landasan Tobu-kyuryo yang juga dikenali sebagai Linimo sejauh 8.9km.

Landasan ini mempunyai radius operasi sebanyak 75m dan kecerunan sebanyak 6%. Keretapi yang menggunakan motor linear bermagnet ini mempunyai halaju maksima 100km/j. Laluan ini memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain kawasan Ekspo 2005. Keretapi ini telah direkacipta oleh Chubu HSST Development Corporation, yang merupakan organisasi yang menguruskan operasi landasan ujian di Nagoya. Maglev jenis urban ini telah dipatenkan selepas HSST dibina dan dipersembahkan dalam demonstrasi di Korea dan sementara Rotem (versi komersil Korea) sedang di dalam pembinaan di Daejeon yang telah dijangkakan untuk memulakan operasi pada April 2007.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian melalui kaedah-kaedah berikut yang saya rasa sesuai untuk Kajian Geografi Tempatan kali ini. Antara kaedah tersebut ialah

Kaedah temubual
Saya telah memubual 20 orang responden untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang jaringan pengangkutan di kawasan kajian iaitu kawasan tempat tinggal saya.

Kaedah pemerhatian
Saya telah memerhati jenis jaringan pengangkutan yang ada di Kampung Batu Rakit.

Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan di dalam buku teks tingkatan 3 dan mengetahui dengan lebih lanjut saya merujuk internet dan laman web yang berkenaan dengan kajian.

Kaedah soal selidik
Saya telah membuat soal selidik dengan membuat borang soal selidik yang dilengkapi dengan pelbagai maklumat tentang jaringan pengangkutan yang ada di kawasan kajian untuk diberikan kepada responden-responden.

Dapatan Kajian
JALAN RAYA
Jalan raya merupakan jaringan pengangkutan terpenting di kawasan kajian saya. Hampir seluruh penduduk di kawasan kajian ini menggunakan jalan raya yang disediakan untuk berhubung dengan kampung-kampung lain mahupun ke tempat kerja. Melalui kajian saya, saya mendapati jalan raya di kawasan kajian agak sibuk pada waktu pagi dan petang kerana pada waktu ini penduduk hendak pergi ke tempat kerja. Jalan raya agak lengang pada pukul 9 pagi – 4 petang kerana waktu ini merupakan waktu penduduk di sini berada ke tempat kerja.







LORONG JALAN KAKI
Melalui kajian yang telah dibuat, terdapat juga lorong jalan kaki ini di Kampung Tanjung Batu Rakit. Lorong jalan kaki ini menghubungkan penduduk yang tinggal di pinggir pantai dengan penduduk yang tinggal di pedalaman. Lorong jalan kaki ini biasanya digunakan oleh penduduk yang bekerja sebagai nelayan.

JALAN AIR
Jalan air tidak digunakan secara meluas di kawasan kajian. Jenis pengangkutan ini biasanya digunakan oleh penduduk yang tinggal berhampiran sungai. Sungai ini membolehkan penduduk menghantar hasil kegiatan ke kampung sebelah untuk dipasarkan disana.

FAKTOR MEMPENGARUHI JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN

BENTUK MUKA BUMI
Kajian yang saya lakukan, saya mendapati kawasan kajian saya, Kampung Tanjung Batu Rakit terletak di kawasan tanah pamah. Namun begitu, terdapat juga sebahagian kawasan yang mempunyai bukit-bukit kecil tetapi bukit-bukit itu tidak mempengaruhi jaringan pengangkutan di kawasan kajian saya.

PERKEMBANGAN EKONOMI
Pembinaan jaringan pengangkutan juga turut di pengaruhi oleh perkembangan ekonomi. Kegiatan penduduk kampung yang mengusahakan tanaman getah dan bekerja sebagai nelayan dapat memasarkan hasil kegiatan mereka dengan cepat memandangkan jeringan pengangkutan yang baik di bina.

KEPERLUAN PENDUDUK
Keperluan penduduk semakin bertambah dan keadan ini mempengaruhi jeringan pengangkutan di sini. Jalan-jalan diubahsuai dan diperbesar mengikut keprluan penduduk tempatan. Hal ini memudahkan penduduk berurusan dan berkomunikasi.

KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dibuat jarigan pengakutan dikawasan saya mempunyai banyak kepentingan. Antara kepetingan tersebut adalah:

PERKEMBANGAN EKONOMI
Salah satu faktor yang menjamin perkembangan ekonomi ialah jaringan pengakutan. Jaringan pengakutan yang baik memudahkan para petani dan nelayan untuk memasarkan hasil kegiatan mereka dipasaran. Sistem jaringan pengangkutan di Jepun berjaya menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan sektor pelancongan. Terowong Osakako Sakishima merupakan satu tarikan kerana pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah di sana.

SOSIAL
Jika kita tinjau dari segi sosial jaringan pengankutan yang cekap membolehkan penduduk berulang alik dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan selesa. Jaringan pengakutan juga menaikan taraf hidup penduduk dikawasan kajian. Salah satu kemajuan teknologi pengangkutan pengangkutan yang canggih di Jepun kereta api Shinkansen, pengangkutan yang canggih ini dapat menghubungkan 7000 pulau yang menganjur sejauh 3000 KM dengan sistem lebuh raya dan perkhidmatan udara serta laut yang cekap

TAHAP KETERSAMPAIAN
Tahap ketersampaian boleh didefinasikan sebagai keadaan sama ada kawasan itu mudah atau sukar untuk dihubungi. Kampung Tanjung Batu Rakit merupakan sebuah kawasan yang mudah untuk dihubungi kerana jalan melalui kampung ini merupakan jalan utama ke Bandar Kuala Terengganu dengan Negara Jepun juga mempunyai tahap ketersampaian yang baik dengan adanya jaringan pengangkutan yang canggih. Saya telah membuat pemerhatian tentang bilangan kenderaan yang melalui jalan ini dalam tempoh dua jam, dari pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi hari Rabu bersamaan 15 Mei 2008.

Kesan – kesan perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di Kampung Tanjung Batu Rakit


KESAN POSITIF
Di kawasan Kampung Tanjung Batu Rakit dan kampung-kampung yang menggunakan bas telah berjaya mengurangkan pencemaran udara

Di Jepun, terdapat juga perkhidmatan bas seperti yang dijalankan di Malaysia. Ini membantu mengelakan penebangan hutan secara berlebih-lebihan hanya untuk membina jalan raya. Ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau dan kesan pulau haba. Saya berasa bangga kerana menetap di kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan bas yang mesra alam.

Pengangkutan bas juga mewujudkan landskap yang menarik dan juga mengelakkan kesesakkan jalan raya. Ini akan menjadi tumpuan kepada pelabur luar negara untuk melabur di negara kita. Hal yang demikian, akan meningkatkan hasil ekonomi di negara kita.

KESAN NEGATIF
Manakala kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar ialah pencemaran udara.Ini disebabkan pelepasan asap kenderaan khususnya daripada kenderaan berat yang mengandungi plumbum dan karbon dioksida.

Pertambahan bilangan kenderaan turut menyunbang kepada berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan kajian terutamanya ketika waktu puncak. Keadaan ini sama dengan fenomena yang berlaku di Negara Singapura kerana kedudukannya yang amat padat.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Malaysia. Di lingkaran tengah banyak berlaku kemalangan kerana jalan yang berbukit bukau yang menyebabkan penglihatan yang kurang jelas.


Langkah – langkah penyelesaian
PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Malaysia telah menjalankan kempen penggunaan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Begitu juga kerajaan Jepun telah menggalakan penggunaan petrol tanpa plumbum untuk tujuan sama. Terdapat juga kenderaan yang menggunakan catalytic converter untuk mengelakkan pencemaran udara. Saya amat bersyukur kerana langkah tersebut dapat mengurangkan tahap pencemaran udara dunia.

MENANAM POKOK-POKOK DI KAWASAN KAJIAN
Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Kita perlu menanam sebanyak pokok yang mungkin dan tidak menebangnya untuk mengurangkan pencemaran udara. Usaha yang sama juga dilakukan oleh kerajaan Jepun yang menganjurkan program “Green Earth” iaitu setiap rumah wajib memiliki sekurang-kurangnya sebuah pokok di halaman rumah. Saya amat berbangga kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau walaupun pembangunannya pesat.

MENGURANGKAN KESESAKKAN JALAN RAYA
Malaysia telah menggalakan pengunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti LRT di taman ini sebagai satu langkah pro-aktif mengurangkan kesesakan jalan raya.Jenis pengangkutan yang sama juga dilaksanakan oleh negara Jepun yang dikenali sebagai “MRT”. Saya berbangga kerana Malaysia mampu menyediakan pengangkutan bertaraf dunia.

MENGGUNAKAN PENGGUNAAN NGV (Neutral Gas Vehicle)
Malaysia telah mengamalkan penggunaan NGV untuk semua teksi di Malaysia. NGV tidak akan mencemarkan udara dan ia adalah mesra alam. Malah, harga NGV adalah murah daripada harga petrol. Kegiatan yang sama telah dilakukan di negara bandingan saya di Jepun atas alasan yang sama.

MEMANDU DENGAN CERMAT
Kita perlu memandu dengan lebih cermat untuk mengelakkan kejadian kemalangan. Kita harus mematuhi peraturan dan mengikut had laju yang di tetapkan. Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu dan membawa kenderaan melebihi had laju.

Kita perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita. Kita perlu beusaha untuk mengurangkan kesemua kesan negatif yang didapati di jaringan sistem pengangkutan.

RUMUSAN
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tenteng jenis-jenis sistem pengangkutan, faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sisitem pengangkutan di Kampung Tanjung Batu Rakit. Disamping itu, mengenalpasti kepentingan serta kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah-langkah mengatasi masalah sistem pengangkutan.

Selepas menjalankan kajian ini, saya telah mengetahui secara lebih mendalam terhadap kawasan kajian saya. Saya juga berasa bangga kerana menjadi seorang rakyat Malaysia setelah menjalankan kajian ini. Melalui kajian ini saya merasa bangga kerana dapat tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan sistem pengangkutan. Saya juga mengetahui jaringan pengangkutan di Jepun. Hal ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

No comments:

Post a Comment